alternative

PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH LAHAD DATU

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam MALAYSIA MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.Saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembangunan lawan web rasmi Majlis Daerah Lahad Datu. Dengan wujudnya lawan web ini dapat memudahkan penyampaian maklumat terus kepada orang awam dan pihak berkepentingan. Pihak Majlis sangat menyokong inisiatif pelaksanaan inisiatif Pendigitalan ke era Kerajaan Pintar (Smart Government) yang membawa akronim "Accessible by Anyone at Anytime, Anywhere, by Any Mobile Device". Pelaksanaan dan pembangunan satu sistem bersepadu yang merentasi pengguna dan platform yang memudahkan perkongsian data diantara G2G (Government to Government), G2B (Government to Business) dan G2P (Government to People). Saya mempunyai harapan dan aspirasi yang tinggi untuk memastikan strategi Kerajaan Digital berdaya tahan dan siap siaga untuk mengadaptasi perubahan-perubahan yang pasti akan ada dalam menjangka keperluan rakyat. saya memastikan Program Pendigitalan sebagai satu daripada agenda utama Majlis Daerah Lahad Datu dalam mempertingkat kecekapan dan sistem penyampaian kementerian kepada rakyat dan pihak berkepentingan.
Sekian dan terima kasih.